fbpx
DI Perancis, terma haute couture dikawal penggunaannya dan ia hanya boleh digunakan oleh pereka ataupun rumah fesyen yang telah diiktiraf oleh organisasi Chambre Syndicale de la Couture.

Nak fesyen mewah boleh asal berduit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEFINISI haute couture dalam bahasa Perancis bermaksud kemasan jahitan, pembuatan pakaian atau fesyen berkualiti tinggi.

Terma tersebut dicipta oleh organisasi The Chambre Syndicale de la Confection et de la Couture pour Dames et Fillettes di Paris pada 1886.

Pada waktu itu, haute couture adalah setara dengan teknik jahitan pakaian lelaki dengan rekaan eksklusif dan mahal.

Kesemuanya menggunakan jahitan tangan dan melalui proses ­ fitting dengan standard kualiti penghasilan tertinggi.

Haute couture atau adi busana selalunya menggambarkan kemewahan, penuh perincian, hebat dari segi konstruksi, kualiti kemasan, sulaman dan rekaan luar biasa.

DI Perancis, terma haute couture dikawal penggunaannya dan ia hanya boleh digunakan oleh pereka ataupun rumah fesyen yang telah diiktiraf oleh organisasi Chambre Syndicale de la Couture.

Terma haute couture pada asalnya dikaitkan dengan Charles Frederick Worth iaitu pereka fesyen berbangsa Inggeris yang digelar Bapa Haute Couture.

Beliau adalah pereka yang pertama mempunyai rumah fesyen sendiri yang dinamakan House of Worth di Paris pada lewat abad ke-19.

Kini couture masih berada di tangga teratas dalam spektrum fesyen. Ia adalah sesuatu yang hanya mampu dimiliki oleh sebilangan kecil pelanggan yang menghargai dan taksub dengan rekaan istimewa, mewah, direka khas mengikut ukuran potongan badan.

Berikut perkara yang anda patut tahu mengenai houte couture.

1. Kriteria

Kriteria Di Perancis, terma haute couture dikawal penggunaannya. Ia hanya boleh digunakan oleh pereka ataupun rumah fesyen yang diiktiraf serta memenuhi kriteria standard yang ditetapkan oleh organisasi Chambre Syndicale de la Couture.

Untuk menggunakan terma haute couture dan layak menyertai organisasi Chambre Syndicale de la Couture, rumah-rumah fesyen wajib memenuhi syarat-syarat yang ketat.

Antaranya, perlu ada perkhidmatan rekaan eksklusif made to order untuk pelanggan persendirian dengan minimum satu sesi ­ fitting, mempunyai minimum 15 pekerja tetap di bengkel atau studio fesyen yang telah ditetapkan.

Selain itu, perlu ada minimum 20 pekerja teknikal, paling minimum satu bengkel mempersembahkan koleksi pakaian (minimum 50 rekaan eksklusif dan original) dua kali setahun (Januari dan Jun) di kalender rasmi Minggu Fesyen Haute Couture.

Pertunjukan Haute Couture di Paris adalah acara yang memberi peluang dan ruang untuk mereka menyerlahkan kehebatan bakat dan koleksi rekaan pereka di sebalik jenama yang dipamer.

2. Mengagumkan

Haute couture berkait rapat dengan aspek konstruksi pakaian yang mengagumkan serta kerja tangan yang halus dan teliti dalam penghasilan perincian pakaian couture, seni sulaman ataupun draping.

Apabila memperkatakan tentang aspek teknikal dan konstruksi, hanya couture yang boleh membuatkan anda memakai pakaian sedikit dramatik yang kelihatan agak berat, tetapi apabila bergerak, ia terasa ringan seperti tidak memakai apa-apa.

 

PERTUNJUKAN Haute Couture di Paris adalah acara yang memberi peluang dan ruang untuk mereka menyerlahkan
kehebatan bakat dan koleksi rekaan pereka di sebalik jenama.

3. Kekeliruan

Malangnya, masih ramai pereka yang masih keliru dengan terma haute couture ini. Ada pereka yang menyatakan bahawa koleksi mereka adalah haute couture, sedangkan secara teknikalnya ia bukan dalam kategori itu.

Memanggil sesuatu couture tidak semestinya menjadikan ia semua jahitan tangan, kelas tertinggi atau fesyen hebat.

Untuk mengelakkan kekeliruan, pereka yang menghasilkan koleksi pakaian eksklusif untuk pelanggan tertentu boleh menggunakan terma bespoke dan made-to measure sebagai alternatif bagi menggantikan haute couture.

Terma alternatif itu selalunya dijumpai dalam konsep penghasilan pakaian lelaki.

4. Pereka legenda

Antara pereka fesyen legenda yang paling menjadi inspirasi ramai pencinta fesyen adalah Valentino Garavani.

Rekaan couture beliau cukup anggun, menyerlahkan keperibadian wanita, mendahului zaman, kontemporari dan malar segar.

Beliau cukup popular dengan koleksi gaun dalam rona digelar Valentino Red. Selain itu, Cristobal Balenciaga pula adalah couturier yang cukup proli­fik.

Beliau begitu terperinci dalam aspek konstruksi reka bentuk koleksi pakaiannya serta memberikan penekanan pada streamlined shapes.

Rekaan Balenciaga sedikit theatrical tetapi itu yang menjadikan beliau genius. Apapun paling penting, couture perlu sesuai dan selesa untuk sesiapa yang mahu memakainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN