fbpx

Bapa Ahmad Fedtri Yahya beraya di hospital, positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDTRI YAHYA berkongsi gambar bapanya yang kini berada di hospital akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya kini teruji apabila bapanya yang berusia 72 tahun terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berkongsi sekeping foto bapanya sedang menerima rawatan di hospital. Fedtri bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital tersebut.

“Beraya di hospital. Doakan ayah saya yang diuji positif Covid-19.

“Pertama kali masuk hospital pada usia 72 tahun. Semoga dikurniakan kesembuhan segera,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Fedtri yang turut popular sebagai pengacara program Jejak Rasul itu turut memberitahu bahawa keluarga abangnya turut menerima nasib serupa apabila kesemuanya disahkan positif Covid-19.

“Juga buat keluarga abang saya yang semuanya diuji positif Covid-19,” ujarnya.

Ujar Fedtri, dia mengambil kesempatan dalam berkat kemuliaan hari Arafah dan Zulhijjah dengan mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian berita duka itu turut mendapat perhatian dan respons dalam kalangan rakan-rakan selebriti apabila turut mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Semoga ayahanda cepat sembuh,” kata penyanyi Tomok.

“Semoga Allah SWT perkenankan doa hamba-hambanya,” ujar Lan Solo.

“Semoga Allah SWT kurniakan segala kesembuhan buat ayahmu,” komen pelakon dan penyanyi, Azza Elite. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI