fbpx

Individu guna wang tunai dianggap tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan milenial dianggap tua jika masih menggunakan wang tunai . – Getty Images

LONDON – Satu kaji selidik di Britain mendapati, golongan milenial yang masih menggunakan wang tunai serta meletakkan sapu tangan pada poket baju adalah petanda utama bahawa dia sedang mengalami proses penuaan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat peruncit tenaga, Love Energy Savings itu turut mendedahkan tabiat lain seperti menonton televisyen, membaca buku dan bercakap menggunakan telefon adalah termasuk dalam senarai petanda seseorang semakin berumur.

Selain itu, 12 peratus daripada responden kaji selidik itu turut berpendapat bahawa menjalin hubungan di dunia nyata adalah ketinggalan zaman.

Ini sekali gus membuktikan bahawa generasi muda kini mempunyai pilihan hiburan dan komunikasi yang terhad.

“Seberapa pantas kita mengguna pakai teknologi baharu adalah salah satu elemen penting dalam jurang generasi yang semakin meningkat di Britain.

“Kaji selidik kami menunjukkan bahawa golongan milenial dinggap sudah berusia jika mereka masih melakukan aktiviti seperti menonton televisyen serta menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan orang lain berbanding menggunakan fungsi mesej,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Love Energy Savings, Phil Foster.

Antara tabiat lain yang turut disenaraikan sebagai petanda seseorang telah berusia termasuk menerima bil dari peti surat, menulis senarai barangan pada kertas menggunakan pen, merokok, menghubungi perkhidmatan teksi, aktif di akaun Facebook, menggunakan kamera dan memakai seluar jeans jenis skinny. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN