fbpx

Dua lelaki ditahan milik senjata api, 13 peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru yang dirampas PGA selepas penahanan dua lelaki terbabit

KOTA KINABALU – Selaras ‘pump gun’ bersama 13 peluru penabur dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) berikutan penahanan dua lelaki di kawasan ladang sawit Batu 14, Jalil Alip, Sandakan semalam.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, dua lelaki berusia 21 dan 49 tahun terbabit ditahan anggota Tiger Platoon Batalion 15 PGA Sandakan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah pacuan empat roda.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui sebuah beg berisi 13 peluru penabur pelbagai jenis.

“Ketika siasatan dijalankan, seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan membawa selaras senjata api jenis pump gun,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Kedua-dua suspek dikesan dalam operasi Op Khazanah yang dijalankan di kawasan berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI