fbpx
BELLA menjelaskan, dia sudah meminta kebenaran daripada doktor dan petugas di tempatnya menerima suntikan vaksin dan tidak berlaku sebarang 'double standard' hanya kerana dia merupakan seorang artis.

Bukan ‘double standard’, Bella Astillah minta izin rakam video cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Niat pelakon Bella Astillah untuk berkongsi pengalamannya menerima suntikan dos pertama vaksin semalam menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Hal ini kerana, netizen mendakwa pelakon itu menerima layanan ‘double standard’ kerana boleh merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.

Menjelaskan keadaan sebenar, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, kebenaran untuk merakam semuanya bergantung kepada petugas di pusat suntikan vaksin.

“Kepada yang tanya boleh pula rakam? Sebenarnya, terpulang setiap tempat itu sendiri. Saya minta kebenaran dulu. Kalau mereka kata tak boleh, saya tak rakamlah.

“Saya rakam video mama dan ayah tetapi saya tanya dulu tau. Saya tanya doktor dan petugas di sana. Sebab kadang-kadang ada yang tak selesa. Ini bukan soal ‘double standard’, tak ada,” katanya.

Bella menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur bersama suaminya, Aliff Aziz.

Pada masa sama, pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu mengingatkan pengikut Instagramnya agar tidak memilih jenis vaksin.

“Syukur dengan apa yang kita dapat. Tak boleh telefon minta dan tanya vaksin jenis apa. Mak ayah saya pun dapat vaksin yang berbeza.

“Tapi pada saya, sama saja. Janji dah lakukan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mengambil vaksin. Jenama tak kisah, asalkan tetap vaksin,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR