fbpx

Bergegas dapatkan vaksin secara ‘walk-in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yew Moy (kiri, berkerusi roda) ditemani menantunya, Siew Tong (kanan) ketika sesi pendaftaran bagi menerima vaksin Covid-19 di PPV Mega UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pengumuman pemberian vaksin secara walk-in kepada warga emas dimanfaat sebaiknya seorang pengusaha kedai, Lee Yew Moy, 78, untuk tidak melepaskan peluang diberikan kerajaan itu.

Yew Moy memberitahu, dia maklumkan kepada menantunya agar segera membawanya dari Batang Berjuntai di sini bagi mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“Saya tidak mahu fikir panjang kerana ini melibatkan kesihatan menentang virus Covid-19 dan dibawa anak dan menantu ke PPV hari ini.

“Kaedah ini sememangnya memudahkan saya sebagai warga emas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, pegawai penyelaras sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC) PPV Mega UiTM Puncak Alam, Ahmad Hafifi Zainal Abidin berkata, pihaknya merekodkan seramai 34 warga emas telah mengambil vaksin secara ‘walk in’ di pusat itu sehingga pukul 2 petang tadi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI