fbpx

Bukan merayau, tapi mahu jalani ujian calitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga asing berkenaan.

REMBAU – Majikan kepada dua lelaki warga asing bergelang merah jambu yang didakwa merayau di sebuah kawasan perumahan yang tular semalam sudah dikenakan amaran tegas oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, rakaman video tular berkenaan berlaku di Taman Chembong Utama pada 14 Julai lalu dan hasil siasatan polis mendapati warga asing berkenaan dalam perjalanan menuju ke sebuah bas yang disediakan oleh pihak majikan untuk ujian calitan kali kedua di Klinik Kesihatan Rembau.

Menurutnya, berlaku salah faham apabila perakam menyangkakan dua warganegara Bangladesh berkenaan merayap di kawasan taman, sebaliknya mereka sedang menghala ke sebuah bas yang berada di simpang jalan.

“Polis telah bertemu semua pihak yang terlibat. Pihak majikan diberikan amaran untuk memastikan perkara berkenaan tidak berulang lagi. Pekerja yang harus menjalani ujian calitan perlu dikawal atau ditemani pihak majikan dan bukannya dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan salah faham.

“Polis juga sudah membuat perbincangan dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), majikan iaitu kilang dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Chembong Utama bagi memastikan perkara berkenaan tidak berulang lagi,” katanya di sini hari ini.

Hazri berkata, ujian calitan kedua bagi dua lelaki berkenaan adalah positif Covid-19 dan kedua-duanya kini memakai gelang berwarna biru. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI