fbpx

Barang binaan RM110,000 hilang dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Law Hang Seng

KLUANG – Seorang pemilik sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam di sini kerugian RM110,000 selepas kilangnya dipecah masuk sekumpulan penjenayah Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, penjenayah melarikan diri bersama bahan binaan iaitu besi konkrit dari kawasan kilang disyaki menggunakan treler.

“Pada 13 Julai lalu pada pukul 3.21 petang, seorang pengadu lelaki membuat laporan polis mengenai satu kejadian pecah kilang yang berlaku di Kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam.

“Susulan itu, tiga lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing berusia 21 hingga 43 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hang Seng berkata, semua tangkapan ditahan reman selama enam hari sehingga 21 Julai ini dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Hang Seng berkata, tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 61 tahun ditangkap disyaki terlibat dalam kejadian curi buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kampung Chamek, Paloh semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kebun kelapa sawit pada pukul 9.30 pagi yang sebelum itu, terserempak dengan suspek yang melarikan diri tetapi meninggalkan tiga buah motosikal di tepi kebun berkenaan.

“Semua tangkapan telah ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini dan siasatan masih dijalankan di bawah Sekysen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.-K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI