fbpx

Baling batu rumah kekasih selepas enggan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Berang teman wanita enggan berkahwin membuatkan seorang lelaki membaling batu ke tingkap rumah kekasihnya itu sehingga pecah dalam kejadian di Taman Indah di sini kelmarin.

Kejadian berlaku 3.20 petang itu disedari mangsa berusia 20 tahun sebelum melaporkannya kepada ibunya yang bekerja sebagai eksekutif dokumentasi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati wanita itu menyatakan melihat sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC warna kuning dinaiki dua lelaki di lorong belakang rumahnya.

Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah jiran mangsa mendapati suspek telah bertindak membaling batu ke arah tingkap bilik tingkat satu rumahnya sehingga pecah.

Ibu kepada wanita itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Bertindak hasil maklumat, tiga lelaki ditahan berusia 17 hingga 28 tahun ditahan di bawah bangunan sebuah flat di Pandamaran di sini.

“Kita turut merampas sebuah motosikal Yamaha 135LC yang digunakan suspek semasa kejadian untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal dilakukan mendapati punca kejadian disebabkan rasa tidak puas hati salah seorang suspek berusia 23 tahun selepas teman wanitanya enggan berkahwin.

Ujar Shamsul Amar, hasil siasatan turut mendapati suspek dan kekasihnya itu telah bercinta lebih daripada tujuh tahun.

“Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan negatif dadah. Mereka kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI