fbpx

64 set bubu naga dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim mengangkat bubu naga yang ditemui di sekitar perairan Pulau Talang, Segari dekat Lumut semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak merampas 64 set bubu naga di sekitar perairan Pulau Talang, Segari dekat sini semalam dan kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata dalam rampasan pertama sebanyak 22 set bubu naga ditemui sekitar tiga batu nautika barat daya Pulau Talang pada pukul 3.15 petang semalam.

“Bot peronda kita yang melakukan rondaan Op Pintas dan Op Sayong telah mengesan bubu naga tersebut berhampiran Pantai Remis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, pada kelmarin pula sebanyak 42 set bubu naga dirampas di kawasan yang sama menjadikan sejumlah 64 set keseluruhan telah berjaya dirampas dalam masa dua hari semasa operasi dilakukan.

Jelasnya, pemeriksaan di dua lokasi itu mendapati, pelampung digunakan sebagai penanda pada bubu naga yang dipasang oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan meraih hasil dengan jalan mudah.

Menurutnya, kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM7,680 dengan anggaran RM120 seunit itu dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan dan siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI