fbpx

Negara makin tenat, ini saja cara yang ada – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi menyeru agar semua bersatu padu dan berganding bahu dalam memerangi wabak Covid-19.

PETALING JAYA – Pelakon Mimi Lana menyeru dan memohon kerjasama semua pihak untuk terus bergabung tenaga dalam membantu negara memerangi pandemik Covid-19 yang kian meruncing ketika ini.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin turut meminta semua agar tidak hanya menuding jari dan menyalahkan sesama sendiri.

“Completed my duty today (selesai kerja saya hari ini). Sejujurnya hari ini ketika nak keluar bekerja, saya sangat takut memikirkan kes yang banyak setiap hari.

“Dalam kepala ni macam-macam saya fikir. Tapi bila saya bayangkan penat lelah frontliners (barisan hadapan) yang bertarung nyawa dengan pesakit Covid-19, saya gagahkan diri juga keluar untuk membantu,” tulisnya.

Pada hantaran sama, kekasih kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut menggesa kerajaan agar urusan vaksinasi bagi setiap individu di negara ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap sangat kita semua dapat selesaikan dua dos vaksin secepat mungkin. Ini saja cara yang ada untuk kita bantu negara yang tengah tenat sekarang.

“Hari-hari kes makin naik. Hospital pun dah penuh, ambulans pun tak cukup,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Masih Ada Rindu itu, kesedaran kepada semua untuk mendaftar dan mengambil vaksin perlu dipupuk dalam kalangan setiap individu tanpa perlu wujud rasa gusar.

“Kepada yang risau tentang orang tua anda untuk divaksin, jangan risau kami di sini semua sedia membantu dan menjaga mereka.

“Saya nak ucap terima kasih dan tahniah juga kepada semua yang telah divaksin. Semua ikhtiar dan urusan kita semua dipermudahkan,” ujarnya.

Terdahulu, Mimi, 26, berkongsi pengalaman menjadi sebahagian daripada sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor.

Beberapa selebriti lain turut pernah menjadi sukarelawan PPV termasuklah Fizo Omar, Nazim Othman, Sherry Alhadad, Amelia Anderson dan Nadiya Nissa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI