fbpx

Lapan negeri Fasa 2 tidak kembali ke Fasa 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Adham

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menjelaskan negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak akan kembali ke Fasa 1.

Pengumuman tersebut sekali gus melegakan lebih 16 juta penduduk di lapan negeri yang sebelum itu bimbang balik ke Fasa 1 susulan kes harian Covid-19 meningkat akhir-akhir ini.

“Negeri-negeri berkenaan yang sudah melepasi masuk Fasa 2, Majlis Keselamatan Negara (MKN) minta mereka terus jalan pelbagai program kesihatan awam untuk kekal,” katanya dalam sidang akhbar khas kementerian tersebut di sini hari ini yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Adham berkata, setakat ini lapan negeri berkenaan masih terkawal dari segi indikator nilai ambang purata kes harian Covid-19 yang direkodkan masih bawah 4,000 kes.

“Begitu juga kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi kekal berada pada paras sederhana manakala kadar vaksinasi yang menerima dua dos sudah lebih 10 peratus populasi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pusat penilaian Covid-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat untuk pemantauan kes yang tidak bergejala atau cuma bergejala ringan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI