fbpx

Keputusan permohonan Rosmah gugur Sri Ram 9 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 September ini bagi memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes solar yang dihadapinya.

Isteri bekas Perdana Menteri turut mengemukakan permohonan agar mahkamah mengisytiharkan prosiding kes rasuahnya, terbatal.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan peguam-peguam yang mewakili Rosmah.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah, pelantikan beliau selaku pendakwa raya bermula 30 Ogos 2018, adalah sah.

Beliau berhujah, ini kerana Seksyen 50 (b) Akta Tafsiran 1948/1967 (Akta 388) menyatakan mana-mana badan boleh melantik individu yang sesuai secara kebelakang (retrospektif) untuk melaksanakan tugasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI