fbpx

[VIDEO] Ejek ‘gila’ punca sebenar pergaduhan di Pasir Tumboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan pergaduhan pengguna jalan raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Kejadian seorang buruh yang dipukul beramai-­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin dipercayai berpunca daripada ejekan perkataan gila oleh pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza terhadap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia 30 tahun mengenali seorang lelaki yang merupakan pemandu kenderaan jenis Perodua Alza itu.

Katanya, insiden itu telah menyebabkan berlaku pergaduhan apabila mangsa telah dipukul oleh pemandu MPV, seorang penumpang wanita dan beberapa orang awam di situ.

“Sehubungan dengan itu, polis telah menerima laporan berhubung kes itu semalam dan menahan tujuh suspek termasuk tiga wanita berusia 19 hingga 46 tahun.

“Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mereka telah dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau sumbangan sebanyak 1,000 pek barangan keperluan asas yang disumbangkan pelbagai syarikat makanan untuk Ops Bantu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Setakat ini, IPK Kelantan telah mengagihkan sebanyak 656 pek makanan kepada golongan yang memerlukan melalui Ops Bantu.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI