fbpx

Usia 43 tahun, Nola B3 terkejut hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOLA B3

PENYANYI Nola B3 atau nama sebenarnya Riafinola Ifani Sari tidak menyangka bahawa dia akan hamil anak keempat pada usia 43 tahun.

Bagi wanita lain, berita kehamilan mungkin menjadi ‘hadiah’ paling menggembirakan mereka, namun tidak bagi Nola.

Selama ini dia seboleh-bolehnya enggan untuk hamil lagi selepas mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Saya telah cuba sebaik mungkin selama 12 tahun supaya tidak hamil lagi.

“Jujurnya saya sendiri tidak menyangka dan membayangkan bahawa saya akan hamil lagi pada usia 43 tahun,” katanya.

Nola bagaimanapun tetap menzahirkan kesyukuran atas rezeki yang diberikan Allah SWT dan akan menjaga kandungannya sebaik mungkin sehingga bersalin nanti.

Untuk kehamilan kali keempat, Nola juga tidak mengalami sebarang masalah seperti rasa loya atau pening kepala seperti apa yang dialaminya semasa kehamilannya sebelum ini.

Ketika berkongsi berita gembira itu kepada suami dan tiga orang anaknya yang lain, ternyata semuanya juga terkejut sehingga menangis kerana bakal menyambut kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga.

“Anak-anaklah yang paling gembira kerana mereka tidak sabar untuk mempunyai seorang lagi adik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI