fbpx

PKD Klang sahkan mesej tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej yang tular disahkan sahih PKD Klang

KLANG – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang mengesahkan mesej-mesej yang tular dalam mendapatkan maklumat kontak rapat adalah daripada pihaknya.

PKD Klang dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya, penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) dan mesej melalui aplikasi WhatsApp itu adalah susulan peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

Katanya, menerusi mesej itu adalah bagi mendapatkan maklumat kontak rapat selain menghubungi pesakit secara terus melalui telefon pejabat dan persendirian.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa SMS yang dihantar dari nombor 03-33239481
adalah mesej yang sahih daripada PKD Klang,” tegasnya.

PKD Klang turut menegaskan bagi mengurangkan kerisauan dan penipuan, pihaknya hanya menggunakan pautan https://tiny.cc/pengesanankontak bagi mendapatkan maklumat bagi pengurusan kontak rapat. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI