fbpx

Makmur Gold nafi terbabit skim pelaburan emas haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD Faizuddin (kiri) bersama kakitangan Makmur Gold menunjukkan salinan laporan polis dibuat terhadap sebuah syarikat di Temerloh

KUANTAN – Syarikat rangkaian kedai emas, Makmur Gold Holding Sdn. Bhd. (Makmur Gold) menafikan terbabit dengan penawaran skim pelaburan emas diperkenalkan sebuah syarikat yang beroperasi di Temerloh.

Difahamkan, syarikat terbabit dipercayai aktif mencari pelabur sejak tujuh bulan lalu dengan menawarkan skim pelaburan bermula RM700 yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal dalam tempoh singkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata, pihaknya mula menyedari tindakan syarikat berkenaan menggunakan nama Makmur Gold sejak kira-kira tiga minggu lalu selepas dimaklumkan seorang pelanggan mereka.

“Tindakan syarikat berkenaan adalah sangat tidak bertanggungjawab dan memberi imej buruk kepada Makmur Gold sebagai jenama yang dipercayai dalam urusan jual beli emas terkenal di negara ini.

“Perkara ini sedang dalam semakan pasukan peguam kami dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik syarikat terbabit,”katanya dalam sidang akhbar di Wisma Makmur Gold, di sini, hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI