fbpx

Gandingan sulung, Saif, Hrithik Roshan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HRITHIK ROSHAN dan Saif Ali Khan.

SEBUAH filem terbaharu Bollywood yang dijangka ditayangkan pada September tahun hadapan bakal menyaksikan gandingan sulung dua aktor hebat iaitu Saif Ali Khan dan Hrithik Roshan.

Kedua-dua aktor itu akan berlakon dalam sebuah filem yang adaptasi daripada filem Tamil berjudul Vikram Vedha terbitan 2017.

Gandingan dua hero hebat itu sekali gus bakal menyaksikan kerjasama pertama mereka dalam sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah, Pushkar dan Gayathri yang juga merupakan pengarah asal versi Tamil filem berkenaan.

Menurut Saif, dia berasa sangat teruja untuk membuat kemunculan semula di layar perak, lebih-lebih lagi apabila bakal bergandingan dengan aktor, Hrithik Roshan.

“Gandingan ini pasti sesuatu yang hebat dan akan membuatkan ramai orang teruja,” katanya.

Pada masa sama, Hrithik juga bakal muncul dengan sebuah drama aksi terbaharu berjudul Fighter berpasangan dengan aktres jelita, Deepika Padukone.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI