fbpx

Bayi maut, ibu di ICU akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Jawi mengebumikan jenazah bayi lelaki berusia 38 minggu yang meninggal dunia akibat Covid-19 Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh, malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki maut akibat Covid-19 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh manakala ibunya sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), malam tadi.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi satu perkongsian yang meruntun hati di laman Twitter berkata, bapa bayi berusia 38 minggu itu bersama lapan lagi anak sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Ya Allah. Sayu hati kami di keheningan malam tadi. Kali pertama menerima jenazah Covid-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” tulis pengendali akaun media sosial Jawi dalam hantaran tersebut hari ini.

Ramai pengguna media sosial bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga tersebut dan berdoa agar urusan mereka dan barisan hadapan dipermudahkan dalam mengharungi detik mencabar musim pandemik.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan berada dalam lindungan Allah buat barisan hadapan semoga Allah membalas segala kebaikan dengan seberat-berat timbangan sebelah kanan dan kosongkan timbangan sebelah kiri,” komen pemilik akaun bernama Wardina Awatif.

“Teringat bayi sulung saya berusia 20 minggu dimandi, dikafankan, disolatkan petugas rumah mayat dan suami saya. Semoga Allah kuatkan hati ibu dan ayahnya. Semoga ibunya cepat sembuh dari Covid-19,” ucap Rabiatul ‘Adawiyah Ibrahim.

“Selamat jalan sayang. Semoga mama kamu dan seluruh ahli keluarga diberikan kesembuhan oleh Allah,” doa Munirah Rosli.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI