fbpx

PIKAS tambah jumlah penerima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 800 orang pekerja Proton akan menerima suntikan dos pertama setiap hari dalam tempoh enam hari di PPV PIKAS Kompleks Sukan Proton - Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Seramai 4,500 pekerja Proton akan menerima suntikan vaksin dos pertama melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PIKAS Kompleks Sukan Proton merupakan lokasi PIKAS pertama di negeri ini.

Katanya, seramai 800 orang pekerja Proton akan menerima suntikan dos pertama setiap hari dalam tempoh enam hari di PPV PIKAS Kompleks Sukan Proton, di sini.

“PPV PIKAS di Tanjung Malim ini adalah salah satu daripada empat PPV yang dicadangkan di Perak.

“Tiga lagi PPV akan diadakan secara berperingkat di beberapa daerah lain setelah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau proses vaksinasi di PPV PIKAS Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Shahrul turut berharap pelaksanaan program pertama PIKAS di Proton Tanjung Malim ini akan mewujudkan momentum besar bagi mempercepatkan lagi pelaksanaan PIKAS di seluruh Perak.

Selain itu, beliau turut memaklumkan beberapa lokasi baharu bagi pelaksanaan inisiatif PIKAS di negeri ini akan dikenal pasti oleh pihak terlibat.

Katanya, InvestPerak bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perak akan membantu pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam perkara berkenaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI