fbpx

Nazim tuai dua podium di Hungaroring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIM (dua dari kiri) mencuri tumpuan apabila kali ini dia berjaya mencari dua penamat podium di Pusingan 4 EuroFormula Open series di Litar Hungaroring, Hungary kelmarin.

PEMANDU muda negara, Nazim Azman sekali lagi mencuri tumpuan apabila kali ini dia berjaya mencari dua penamat podium di Pusingan 4 EuroFormula Open series di Litar Hungaroring, Hungary kelmarin.

Nazim yang mewakili pasukan CryptoTower Racing Team tersebut ketinggalan pada perlumbaan pertama apabila mengakhiri saingan di tempat keenam selepas mengharungi cuaca mencabar di Litar Hungaroring

Bagaimanapun, pada perlumbaan kedua, Nazim tidak berputus asa untuk bangkit dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua sebelum mengakhiri saingan di tempat ketiga pada perlumbaan ketiga meskipun berlangsung dalam keadaan hujan.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian saya minggu ini. Saya tidak mempunyai pengalaman di Litar Hungaroring kerana sangat teknikal. Jadi saya turun pada perlumbaan ini tanpa meletakkan sebarang harapan. 

“Bagaimanapun, pasukan dan saya bekerja keras untuk memberi hasil terbaik. Pada perlumbaan terakhir saingan begitu sukar kerana beraksi dalam keadaan cuaca hujan. Bagaimanapun, kami berjaya melakukannya dan menaiki podium tempat ketiga. 

“Ini adalah lima podium dari enam perlumbaan saya dan fokus ketika ini adalah meneruskan momentum positif dalam baki empat pusingan perlumbaan akan datang,” katanya semalam.

Selepas Pusingan 4, Nazim kini berada di tangga ketiga keseluruhan carta kedudukan dengan 159 mata, manakala Louis Foster di tangga kedua (184 mata). Cameron Das mengungguli kedudukan carta pemandu dengan 203 mata.

Nazim bertekad mengekalkan kedudukan dan percaya kemenangan pertama dalam saingan tersebut akan tiba tidak lama lagi.

“Saya merasakan kemenangan pertama untuk musim ini tidak jauh lagi dan saya akan berusaha dengan gigih selepas ini,” katanya kepada Kosmo! – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI