fbpx

Saya, Zoey hanya kawan – Anju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA dan Zoey.

PETALING JAYA – Nama pengacara dan pelakon Zoey Rahman tiba-tiba menjadi bualan netizen selepas dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan selebriti sensasi Zarina Anjoulie.

Gosip tersebut mula tercetus selepas dua selebriti berkenaan kerap bersiaran menerusi InstaLive sejak akhir-akhir ini.

Gara-gara sering dihujani dengan pertanyaan tersebut, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul , 35, malam tadi memberitahu, hubungannya dengan bekas pengacara Gerak Geri Gasing itu hanya sekadar kawan.

“Betul ke bercinta dengan Zoey? Tak, kami kawan sahaja, bertenang semua.

“Jika tiada apa-apa yang terjadi antara kami pun, saya dan Zoey tetap akan kekal berkawan. Kami sudah kenal lama,” jawab pelakon yang lebih mesra dipanggil Anju ringkas dalam InstaStorynya hari ini.

Biarpun sudah menjelaskan tentang persoalan tersebut, para peminat tetap mendoakan agar hubungan Zarina dan Zoey berakhir dengan perkara yang baik.

Malah, ada juga netizen yang merestui hubungan tersebut dan tidak kurang juga mendakwa keakraban mereka hanya sekadar gimik.

“Mereka nampak sepadan!” tulis seorang peminat

“Ini semua gimik saja nak lariskan produk agaknya,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, pelakon filem Anak Pontianak itu mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Namun rumah tangga yang dibina kurang setahun itu musnah selepas mereka disahkan bercerai kali pertama pada 2 Mac 2021 sebelum berpisah sekali lagi sekitar Mei lalu.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun hanya bertahan setahun dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI