fbpx

Nia Ramadhani, suami masuk pusat pemulihan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suami diputuskan untuk menjalani tahanan di sebuah pusat pemulihan dadah.

JAKARTA – Pelakon popular Indonesia Nia Ramadhani bersama suami, Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka yang dikenali sebagai ZN dihantar menjalani tahanan di sebuah pusat pemilihan dadah hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan  peguam mereka, Wa Ode Nur Zainab dalam satu kenyataannya kepada media Indonesia.

“Mungkin hari ini akan dihantar ke pusat pemulihan,” kata Wa Ode memetik laporan detik.com.

Menurut Wan Ode, tindakan tersebut diambil setelah Nia, Ardi dan ZN bersetuju untuk menerima cadangan daripada Badan Narkotika Nasional (BNN) untuk melalui proses pemulihan. Bagaimanapun sehingga kini, lokasi penempatan Nia, suami dan pemandu belum diperincikan.

Sementara itu, Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Haryadi memberitahu bahawa, Nia dan Ardi telah ditahan di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik yang dikategorikan sebagai pengguna dadah.

Mengikut undang-undang tersebut, Nia dan suaminya wajib menjalankan proses pemulihan di lokasi yang ditentukan pihak berkuasa.

“Saya mahu menjelaskan, dakwaan mengatakan perkara ini tidak diproses mengikut Akta 127 adalah tidak benar. Setiap pengguna dadah perlu menjalani pemulihan. Ini adalah kewajipan undang-undang,” jelasnya.

Merujuk undang-undang, Hengki berkata, Nia dan Ardi akan dihantar ke pusat, bagaimanapun proses pemulihan tidak ditentukan oleh polis, sebaliknya oleh BNN.

“Pemulihan tidak ditentukan oleh polis. Jika ada permintaan keluarga, kami akan memudahkannya. Proses tersebut akan dilaksanakan oleh pasukan penilaian bersepadu membabitkan BNN, pendakwa raya, doktor, psikiatri dan penyiasat di luar Jakarta Pusat,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hengki turut menepis dakwaan orang ramai yang mendakwa pasangan suami isteri itu menerima layanan istimewa sewaktu dalam tahanan polis.

Ujar Hengki, tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes berkenaan dan setiap yang melakukan kesalahan akan menjalani proses serupa tanpa mengira status mereka.

Terdahulu, dalam satu sidang media semalam, Nia menangis teresak-esak ketika menyampaikan memohon maaf.

Pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu bersama suami mengakui, menyesal dengan perbuatan dilakukannya dalam penyalahgunaan dadah.

Nia dan Ardi meminta masyarakat tidak meniru perbuatan mereka, malah sedar apa yang dilakukan selama ini satu kesalahan dan melanggar peraturan.

Pasangan itu bersama seorang pemandu peribadi ditangkap polis di kediaman mereka di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pukul 3 petang Khamis lalu atas kesalahan mengambil dadah jenis syabu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI