fbpx

Kopi kurangkan risiko jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis percaya kopi mengandungi bahan kimia yang meningkatkan kesihatan serta boleh menguatkan sistem imunisasi. – Alamy

LONDON – Satu kajian mendapati individu yang minum secawan kopi pada setiap hari mampu mengurangkan risiko dijangkiti virus Covid-19 sebanyak satu persepuluh, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan data terkumpul seramai 40,000 penduduk dewasa Britain, saintis-saintis berpendapat minuman tersebut mampu melindungi diri daripada virus korona.

Mereka percaya ia mengandungi bahan kimia yang dapat meningkatkan kesihatan serta boleh menguatkan sistem imunisasi.

Kajian tersebut turut mendapati hidangan sayur-sayuran juga mempunyai kesan yang serupa.

Bagaimanapun, teh dan buah-buahan didapati kurang berkesan untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Manakala, daging yang telah diproses seperti sosej meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami sakit yang teruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI