fbpx

Kita nak mati berkurung, warga asing bebas berkeliaran – Cef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEF WAN

PETALING JAYA – Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa kesal dan bimbang melihat kebebasan warga asing berkumpul dan beriadah walaupun negara kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Redzuawan, 63, atau lebih dikenali sebagai Cef Wan meluahkan kebimbangan itu selepas tular beberapa keping foto memperlihatkan kebebasan warga asing dipercayai dari Bangladesh dan India berkumpul beramai-ramai termasuk menjalankan urusan jual beli di sebuah kawasan di Meru, Klang.

“Banyak foto tular memperlihatkan ramai warga Bangladesh atau imigran berkumpul dan membeli-belah. Patutlah kes Covid-19 di kilang-kilang tinggi.

“Kebanyakan dalam kalangan mereka (imigran) tidak kisah sama sekali (perintah PKP). Nyawa mereka sangat murah. Tengok sahaja di negara masing-masing sama ada di India atau Bangladesh. Mereka lebih ambil berat (bimbang) untuk mencari sesuap nasi,” tulis Cef Wan.

Ujarnya lagi, disebabkan mentaliti mereka sebegitu, maka tidak hairanlah jika warga asing kurang mengambil berat tentang situasi penularan Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia hari ini.

“Mentaliti dan kepedulian mereka terhadap Covid-19 pun tidak sama seperti kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cef Wan turut mempersoalkan pemantauan dan kawalan oleh pihak berkuasa seperti polis dan askar di kawasan tumpuan warga asing berkumpul.

“Mana pula polis atau askar di sekitar kawasan Meru, Klang ketika semua ini berlaku? Bukan senang nak jaga mereka pun,” kata Cef Wan.

Oleh hal demikian, Cef Wan berharap supaya perkara membabitkan warga asing itu segera ditangani dengan mengambil tindakan sewajarnya supaya mereka tidak bebas keluar seperti tiada apa-apa berlaku.

“Kita semua nak mati berbulan-bulan sanggup berkurung dalam rumah. Bagaimana nak landaikan lekuk Covid-19 kalau begini sikap mereka,” katanya.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial memperlihatkan kumpulan warga asing dipercayai di Meru, Klang berkumpul dan berada di atas jalan raya seperti biasa sehingga menimbulkan keresahan rakyat walaupun ketika negara sedang melaksanakan PKP pada saat ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI