fbpx

Kes Covid-19 pecah rekod lagi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 pecah rekod lagi selepas mencatatkan 9,353 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 827,191 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mendahului negeri lain dengan 4,277 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,398 kes dan Melaka sebanyak 835 kes.

“Negeri Sembilan pula (638 kes), Johor (399 kes), Kedah (364 kes), Sarawak (352 kes), Sabah (251 kes), Pahang (247 kes), Pulau Pinang (180 kes) dan Perak (145 kes).

“Selebihnya, Kelantan (89 kes), Labuan (85 kes), Terengganu (50 kes), Putrajaya (39 kes) dan Perlis (empat kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI