fbpx

Dapat wang setiap kali buang air besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tandas tersebut dihubungkan kepada sebuah makmal yang mengumpul najis manusia seterusnya menukarkan bahan kumuhan tersebut kepada tenaga dalam bentuk biogas. - Unsplash

SEOUL, KOREA SELATAN – Seorang profesor sebuah universiti di Korea Selatan mencipta tandas mesra alam yang membolehkan pengguna mendapatkan wang digital setiap kali mereka membuang air besar, lapor akhbar The Sun semalam.

Tandas yang digelar BeeVi itu dihubungkan kepada sebuah makmal yang mengumpul najis manusia seterusnya menukarkan bahan kumuhan tersebut kepada tenaga dalam bentuk biogas.

Tandas itu menggunakan pam vakum yang membawa najis ke sebuah tangki bawah tanah.

Apabila berada di dalam tangki, mikroorganisma akan meleraikan najis manusia dan menukarkannya kepada gas metana.

Metana itu kemudiannya akan digunakan sebagai bahan bakar untuk pelbagai tujuan termasuk memasak.

Menurut Profesor Cho Jae-weon dari Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Ulsan, najis amat berharga dalam penghasilan tenaga dan baja. Justeru, beliau meletakkan nilai tersebut dalam kitaran ekologi.

“Sebelum ini, saya hanya menganggap najis adalah suatu bahan buangan yang kotor, namun kini ia merupakan sesuatu yang berharga,” katanya.

Tambah Jae-weon, setiap individu normal menghasilkan kira-kira 500 gram najis sehari, dan bahan buangan itu boleh ditukarkan kepada gas metana dengan kapasiti 50 liter.

“Jumlah itu dilaporkan boleh menggerakkan kereta sejauh 1.2 kilometer,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelajar yang menggunakan tandas BeeVi boleh menebus wang digital sebanyak 10 Ggool sehari.

Jumlah itu boleh digunakan untuk membeli kopi, mee segera atau buah-buahan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN