fbpx

Azizulhasni ada ramuan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI diyakini mempunyai semua ramuan untuk merangkul pingat emas pertama pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun.

SELEPAS meneliti sasaran semua pihak, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tampil memberikan rumusan bahawa Azizulhasni Awang ‘tahu apa yang perlu dilakukan pada Olimpik di Tokyo’.
Pengurus pasukan, Datuk Ashakari Abu Noor membe­ritahu, ini adalah pandangan PKBM selepas meneliti pendapat semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Me­rican serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kita telah dengar semua pihak bercakap. YB Menteri sudah menyatakan pandangan. Jurulatih, John Beasley juga te­lah memberikan senario terkini tentang prestasi Azizulhasni.

“Peminat mengharapkan pingat emas pertama Olimpik daripada Azizulhasni. Semua orang impikan sama. Rasanya semua orang sudah menyantuni Azizulhasni dengan baik. Semua keperluan dipenuhi kerana kita memang mahukan hasil yang positif da­ripada Sukan Olimpik di Tokyo.

“Justeru, PKBM percaya Azizulhasni tahu apa yang beliau perlukan pada Olimpik nanti. Beliau seorang pelumba hebat, berpengalaman dan bijaksana orangnya,” katanya dalam satu kenyataan PKBM semalam.

Ashakari yang juga menjadi pengurus pasukan ke Sukan Asia 2014 ketika Azizulhasni mengondol pingat emas di Incheon mendedahkan hubungan yang sangat baik dengan Persekutuan Berbasikal Jepun (JCF) akan menjadi faktor terpenting jika berlaku sebarang masalah di Velodrom Izu nanti.

“PKBM dari semasa ke semasa sentiasa berhubung dengan pegawai hubungan luar negara JCF iaitu Naoko Kaizuka. PKBM juga rapat dengan orang kuat JCF iaitu Tatsuo Hayashi.

“Hayashi ialah orang yang berhubung rapat dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik. Ini senjata kita jka berlaku masalah di Velodrom Izu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua peminat sukan berbasikal di negara ini berdoa agar Azizulhasni berjaya membawa pulang kilauan emas Sukan Olimpik.

“Azizulhasni mempunyai semua ramuan untuk merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik. Beliau mempunyai pengalaman bertarung pada semua pentas pertandingan trek dunia,” katanya.

Azizulhasni dan Mohd. Shah Firdaus Sahrum layak menyertai acara trek iaitu keirin dan pecut individu, secara merit. Pada Sukan Olimpik 2016, Azizulhasni melakar sejarah besar selepas mengondol pingat gangsa menerusi acara keirin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI