fbpx

20.8 peratus penduduk Pulau Pinang terima dos pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Kira-kira 20.8 peratus atau 368,133 penduduk di negeri telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 7.2 juta rakyat negara ini yang telah menerima dos yang sama setakat ini.

Pada masa yang sama katanya, jumlah pendaftaran di negeri ini juga kini telah mencecah angka satu juta orang.

“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan kesihatan awam melalui pelaksanaan Program Penang Saring Covid-19 (PSC19) secara bersasar melibatkan 1,000 saringan percuma bagi setiap 40 kawasan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang bermula 5 Julai lalu.

“Untuk minggu ini, kerajaan negeri telah menyasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta dan setakat hari ini, seramai 790 individu telah berbuat demikian,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI