fbpx
Seorang lelaki warga emas rebah serta tidak sedarkan mengakibatkan suasana sebuah restoran di pekan Donggongon bertukar cemas dalam kejadian tengah hari semalam.

Lelaki mati ketika makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG – Pelanggan sebuah restoran di sini gempar apabila dikejutkan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia dalam kejadian di pekan Donggongon semalam.

Lelaki berusia 61 tahun tersebut disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 tengah hari oleh petugas perubatan yang tiba sebaik menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang gelandangan berasal dari Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar.

“Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diketahui.

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, beliau meminta ramai awam yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh berhubung dengan pengawai penyiasat IPD Penampang, Sarjan Mejar (SM) Patrick Duffy Francis Dicka di talian 0138385335. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR