“MUNGKIN Allah nak beri saya pelangi setelah diuji dengan pelbagai rintangan dan cabaran selama ini.” Itu luahan ringkas Nur Saidatul Akma ketika membuka bicara bersama Aura baru-baru ini. Membuka cerita, wanita kelahiran Pahang itu berkata, ujian ‘dikurniakan’ Tuhan kepadanya bukan ringan dan tidak semua orang mampu menghadapinya. Katanya, dia pernah menghadapi detik-detik sukar sepanjang perniagaan seperti disihir dan dilucutkan jawatan tanpa notis yang tidak mudah dilupakan. “Banyak dugaan yang perlu dilalui sepanjang berniaga online termasuk kerap terima ancaman dan hasad……














