fbpx

142 budak didera di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICOLE Tan Lee Koon (kanan) dan Rosnah dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat, DUN Bukit Kepayang, Seremban 2, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Sebanyak 142 kes melibatkan penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon kesemua kes tersebut melibatkan antaranya penderaan fizikal, emosi dan pengabaian.

“Sebanyak 85 kes penderaan fizikal dilaporkan diikuti penderaan seksual 36 kes, penderaan emosi (4), pengabaian (13) dan kes ditinggalkan ibu bapa (buang bayi) melibatkan empat kes,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang, Seremban 2, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Rosnah Sardi memberitahu, pihaknya mendapat perintah mahkamah untuk hak penjagaan sementara kanak-kanak perempuan yang didera oleh penjaganya di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, kanak-kanak orang kurang upaya ‘sindrom down’ berusia 13 tahun itu kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah di Temiang dekat sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI