fbpx

Rupa-rupanya dah 5 bulan Nia Ramadhani, suami ambil syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIA RAMADHANI dan suaminya, Ardi.

JAKARTA – Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu sejak lima bulan lalu bersama suaminya, Ardi Bakrie.

Perkara berkenaan diakui sendiri pasangan itu kepada pihak polis ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia semalam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus seperti memetik laporan CNN Indonesia mendedahkan, pelakon itu membeli satu klip syabu pada harga 1.5 juta rupiah atau RM431.

“Nia dan Ardi mengaku mereka sudah mengambil bahan terlarang itu selama lima bulan, termasuklah pemandu peribadinya,” kata Yusri.

Nia dan suaminya ditangkap polis di kediaman mereka di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pukul 3 petang semalam bersama pemandu peribadinya yang dikenali sebagai ZN.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan barang bukti berupa dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

“Nia dan pemandunya dibawa ke balai polis sebelum dia menghubungi suaminya. Ardi kemudian menyerahkan diri dan hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap ketiga-tiganya menunjukkan positif dadah jenis syabu,” kata Yusri.

Buat masa ini, polis masih lagi menyiasat sumber yang menjadi orang tengah yang membekalkan dadah kepada Nia dan Ardi.

Pasangan yang menikah pada 2010 itu mempunyai tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie (2017). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI