fbpx

Pasang piring satelit pada bonet kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Piring satelit yang dipasang pada bonet hadapan kereta jenis Toyota Prius yang ditahan di California. - Instagram

SACRAMENTO, California – Polis Rondaan Lebuhraya California melaporkan satu kes trafik unik apabila salah seorang anggotanya menahan sebuah kenderaan yang memasang piring satelit di atas kereta, baru-baru ini.

Menurut laporan portal UPI, pegawai trafik, T.Caton menghentikan sebuah kereta jenis Toyota Prius apabila menyedari pemandunya memasang piring satelit di bahagian cermin hadapan.

Caton bertanya kepada pemandu kereta adakah objek itu mengganggu penglihatannya ketika memandu dan dia memberitahu hanya apabila kereta membelok ke kanan.

“Saya tidak pasti apakah alasan dia memasang piring satelit pada bonet hadapan kereta tetapi ini adalah berkaitan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

“Menurut Kod Undang-Undang Kenderaan California, sebarang objek yang diletakkan di mana-mana bahagian bonet kereta yang menghalang pandangan adalah diharamkan,” katanya.

Bagaimanapun, Caton tidak mendedahkan sama ada pemandu tersebut dikenakan saman atau hanya diberi amaran sahaja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN