fbpx

Markas bungkus dadah diserbu, dua pengedar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pengedar dadah itu berjaya diberkas dalam serbuan semalam. /FOTO IHSAN IPD BEAUFORT

BEAUFORT – Polis terpaksa bergelut sebelum berjaya memberkas dua pengedar dadah dalam serbuan di Kampung Brunei, Membakut, dekat sini semalam.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 23 dan 33 tahun diberkas ketika Ops Tapis pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, operasi itu membabitkan seorang pegawai bersama tiga anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort ketika serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

“Kita dapati lima individu tiba-tiba terjun daripada tingkap dapur dan terus melarikan diri sebaik polis tiba di lokasi.

“Bagaimanapun, hanya dua individu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan antara kumpulan suspek dan pasukan polis.

“Pemeriksaan fizikal membabitkan salah seorang suspek membawa kepada penemuan satu paket besar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 12.36 gram,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI