fbpx

BIMB Imvestment terima anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Investment), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Bhd. telah memenangi anuge­rah Pengurus Aset & Dana Islam Terbaik 2021 pada Anugerah Kewangan Islamik Terbaik Alpha South East Asia 2021.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Alpha South East Asia, penerbitan pelaburan institusi serantau yang berpusat di Hong Kong.

Di samping itu, BIMB Investment juga telah memenangi anugerah untuk Pengurus Dana Pulangan Diselaraskan Risiko untuk Dana Pelaburan Prinsip ESG Terbaik 2021.

Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla berkata, pujian harus diberikan kepada keseluruhan pasukannya yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam menempuh tempoh yang mencabar ini.

“Kami komited untuk menawarkan pengalaman ESG yang tulen kepada pelabur tetapi juga tidak kurang pentingnya mahu memastikan pulangan bagus, kukuh dan konsisten untuk pelabur kami.

“Kami komited untuk memajukan prinsip pelaburan yang bertanggungjawab dan mewujudkan masa depan yang lebih lestari.

“Kami teruja untuk terus mendorong pertumbuhan amalan pelaburan ESG Shariah di Malaysia pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Anugerah Kewangan Islam Terbaik Alpha South East Asia mengiktiraf pemimpin dalam kewangan Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada industri dan telah mempamerkan pertumbuhan dan kemampuan serta pencapaian inovatif dalam Kewangan Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI