fbpx

Verlita dah setahun tak keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERLITA EVELYN

SEJAK melahirkan anak ketiga pada 2019, kelibat pelakon Verlita Evelyn sudah jarang menghiasi program televisyen, sekali gus tenggelam bersama pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, termasuk Indonesia.

Ujar Verlita, dia memilih untuk patuh pada perintah yang dikeluarkan kerajaan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Bahkan, pelakon yang pernah membintangi filem Simfoni Satu Tanda itu memberitahu bahawa dia langsung tidak keluar rumah untuk mencari hiburan atau mengunjungi pusat beli-belah selama setahun.

“Saya cuma bekerja dari rumah dan anak-anak juga mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian sahaja. Segala aktiviti luar rumah memang tidak dilakukan,” katanya.

Kata Verlita, dia sangat patuh pada perintah kerajaan selain dihantui perasaan takut untuk keluar rumah kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI