fbpx

Ramai ucap ‘tahniah’ kepada Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes Covid-19 di Selangor

PETALING JAYA – Meskipun mencatatkan penurunan sebanyak 557 kes, rekod jangkitan Covid-19 masih lagi melebihi paras 7,000 hari ini dengan catatan jumlah keseluruhan 7,097 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada 7,097 jangkitan baharu berkenaan dengan merekodkan sebanyak 3,119 kes.

Kebanyakan pengguna media sosial menyuarakan keluhan masing-masing dan menyifatkan usaha memerangi Covid-19 seolah-olah tidak menunjukkan hasil yang ketara biarpun lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

“Serius tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Berkurung pun kes boleh naik? Tiada perubahan. Tutup dulu kilang semua. Apa yang susah. Takkan lama sangat kami hendak duduk di rumah saja,” soal Dev Indran.

“Penat sudah berkurung di rumah. Tetapi kes semakin teruk pula,” keluh Je Ny.

Ramai juga dalam kalangan netizen mengucapkan tahniah kepada negeri Selangor kerana menjadi negeri tertinggi merekodkan jangkitan Covid-19.

“Tahniah Selangor kerana berjaya mendapat pingat emas dan menjadi juara membawa virus Covid-19 di seluruh negara,” sindir Md Zilan.

“Masih juara bertahan. Selangkah di hadapan,” ujar Zulfikran Mohd Salleh dan Nordin Rockan.

“Cuba asingkan negeri Darul Ehsan itu sudah tentu kes cuma tinggal 4,000 sahaja,” gurau Mohd Iqbal. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI