fbpx

Ketua Polis Daerah SPU buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang disunting memaparkan sidang akhbar Noorzainy, namun mengandungi audio berbeza.

SEBERANG PERAI – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor membuat satu laporan polis di Balai Polis Kepala Batas di sini hari ini berhubung satu rakaman video sidang akhbarnya yang disunting individu tidak bertanggungjawab.

Noorzainy berkata, pihaknya menyedari kejadian itu selepas beliau menerima video berdurasi 2 minit 12 saat kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Beliau berkata, rakaman yang disunting itu didapati mengandungi komen suara berunsur politik yang mendakwa tindakan yang diambil (pihak berkuasa) tidak berkesan dalam menangani Covid-19.

“Ingin ditegaskan bahawa kandungan audio dan lain-lain video termasuk sidang media Ketua Polis Daerah SPU tidak ada kena mengena dengan intipati yang disampaikan di dalam video (yang disunting) itu.

“Rakaman asal yang digunakan adalah berkaitan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sungai Dua, Butterworth pada 2 Jun lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, penyebaran video itu boleh mengelirukan masyarakat, justeru laporan polis berkenaan dibuat.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kandungan berkenaan dan untuk mengesan pihak yang terlibat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI