fbpx

Kamu kakak terbaik pernah saya ada – Nelydia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelydia menyifatkan beruntung kerana dikurniakan kakak seperti Uqasha.

PETALING JAYA – Barangkali tersentuh memikirkan ini ulang tahun terakhir Uqasha Senrose sebelum bergelar isteri orang, pelakon Nelydia Senrose mengambil kesempatan menitipkan ucapan istimewa buat kakaknya itu, semalam.

Memuat naik beberapa keping foto lama yang pastinya menggamit kenangan dan memori mereka berdua ketika zaman kanak-kanak, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Sen menyifatkan dirinya cukup bertuah dikurniakan seorang kakak sebaik Uqasha.

“Selamat ulang tahun Usha!. Begitu banyak kenangan yang tela kita lalui bersama dan saya menghargai setiap saat itu.

“Kamu merupakan kakak terbaik yang pernah saya ada. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kakak sepertimu. Terima kasih selalu manjakan diri ini walaupun kadang-kadang kakak menyampah nak layan,” tulisnya dalam Instagram.

Pada hantaran sama, Nelydia turut mendoakan agar kakaknya itu sentiasa dilindungi Allah dan hidupnya diberkati dunia akhirat.

Menjengah pada ruangan komen, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut dilihat membalas ucapan adiknya itu.

“Haha, gambar paling akhir tu sebenarnya baru kena marah dengan mama. Apapun terima kasih adikku. Sayang kamu sangat-sangat,” tulis Uqasha.

Rata-rata pengikut dan rakan-rakan artis turut mengambil kesempatan mengucapkan hari lahir dan menitipkan doa buat Uqasha.

“Suka tengok hubungan kamu berdua. Dua-dua cantik dari kecil sampailah sekarang.

“Dua-dua saya suka tengok. Semoga kalian berjaya dunia akhirat dan membanggakan keluarga. Selamat hari ulang tahun Uqasha,” tulis netizen.

Semalam, Kamal Adli menerusi entri dalam Instagramnya menitipkan ucapan dan doa buat tunangya, Uqasha sempena ulang tahun yang ke-29. Kata Kamal, tak lama lagi, pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu tidak berstatus solo.

Terdahulu, Kamal, 35, membuat kejutan apabila melamar Uqasha pada majlis Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember lalu.

Hubungan cinta mereka menjadi perhatian selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul Setelah Terlafaznya Akad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI