fbpx

Didenda RM3,500 cederakan, ugut kakak ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Seorang penganggur didenda RM 3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencederakan dan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada kakak iparnya.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Haridharan, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan dengan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap kakaknya yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di Jalan 1/11 Rawang di sini pukul  11.30 malam, 19 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan
Seksyen 506 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, tertuduh didenda RM1,000 manakala untuk kesalahan menakutkan secara jenayah mengeluarkan kata-kata ugutan, tertuduh didenda RM2,500.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu dia boleh dipenjara selama empat bulan. Tertuduh membayar denda tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI