fbpx
ANAK Datuk Vida, Cik B dilihat turun memberi sumbangan ke rumah-rumah keluarga terjejas di sekitar Ipoh, Perak.

Cik B cari bendera putih, hulurkan bantuan di sekitar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan muda, Cik B turut tidak ketinggalan melakukan kerja amal apabila tampil menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, 16, bersama adik lelakinya, Muhammad Eric Zaquan atau Kacak, 14, berkata dia mahu mencari ‘bendera putih’ yang ada di sekitar kawasan Ipoh, Perak untuk menghulurkan bantuan.

“Hari ini saya nak pergi menolong orang yang memerlukan bantuan. Saya nak pergi cari bendera putih.

“Esok saya akan mengedarkan barangan ini (bantuan). Kalau sesiapa yang mahukan bantuan, anda boleh maklumkan kawasan anda. Tapi hanya disekitar Ipoh sahaja tau termasuk area Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta dan Meru,” katanya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Cik B yang popular menerusi single Tolonglah Aku turut berkongsi video semasa dia bersama Kacak keluar membeli barangan keperluan harian di sebuah pasar raya untuk diagihkan ke rumah-rumah keluarga yang memerlukan.

Bahkan, Cik B juga berkongsi momen semasa dia mengangihkan bantuan tersebut dengan mengunjungi beberapa buah keluarga yang terjejas dan menyampaikan sendiri bantuan kepada mereka.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut dalam Instagramnya memuji dan berkongsi rasa sebak melihat kemuliaan hati anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida itu membelanjakan wangnya sendiri bagi menghulurkan bantuan.

“Kagum betul dengan Cik B. Semoga makin murah rezeki Cik B dan dapat tolong ramai orang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Masya-Allah. Awak memiliki hati yang sungguh suci. Semoga Allah merahmati awak dan keluarga,” kata seorang lagi pengikutnya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online mendapati sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 150,000 tontonan daripada pengikutnya dalam Instagram.

Terdahulu, ibunya, Datuk Seri Vida mendapat kecaman hebat netizen apabila menegur masyarakat agar tidak semata-mata menunggu bantuan dan mengibar bendara putih untuk keluar daripada kesempitan sepanjang PKP. Kata jutawan kosmetik itu, sesiapaun jangan berhenti berikhtiar untuk mencari rezeki. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN