fbpx

Bebas berbogel di bandar Cap D’Adge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cap D’Adge menerima lebih 50,000 pelancong dari seluruh dunia setiap kali musim panas. – Chateau Marcel

AGDE, PERANCIS – Sebuah lokasi percutian di Perancis digelar ‘bandar paling bogel di dunia’ kerana membenarkan orang ramai berbogel ketika berada di tempat awam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bandar Cap D’Adge, yang terletak di pesisir pantai laut Mediterranean mengamalkan peraturan aneh itu yang membenarkan pengunjung berada di mana-mana lokasi awam tanpa seurat benang.

Turut dianggap sebagai destinasi paling liberal di dunia, orang ramai yang menginap di bandar itu boleh berbogel ketika berada di tepi pantai, pasar raya, restoran, salun rambut, kedai roti dan lokasi-lokasi lain.

Setiap kali musim panas, bandar tersebut menerima lebih 50,000 pelancong dari seluruh dunia dengan kebanyakannya datang dari Perancis, Belgium, Jerman, Itali, Amerika Syarikat, Belanda dan Kanada.

Menurut pasangan suami isteri Arthur O Urso dan Luana Kazaki, ciri unik bandar Cap D’Adge itu telah membuatkan mereka memilih bandar tersebut sebagai lokasi bulan madu.

“Kami memilih bandar ini sebagai lokasi bulan madu untuk memastikan hubungan kami kekal hangat dan mesra.

“Pasangan-pasangan lain perlu merasai pengalaman di sini ketika awal perkahwinan mereka kerana ia amat menarik!” kata pasangan tersebut.

Dalam pada itu, meskipun orang ramai dibenarkan berbogel, melakukan hubungan seksual secara terbuka di bandar itu adalah dilarang sama sekali dan mereka yang didapati melakukan perbuatan tidak senonoh boleh didenda sehingga  €15,000 (RM73,753).

Mereka yang ingin berada di bandar Cap D’Adge perlu membayar caj khas yang ditetapkan memandangkan ia ditutup kepada pengunjung luar. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN