fbpx

Balkisyh cadang tukar ‘diapers’, pakai lampin kain, lebih jimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALKISYH cadang kaum ibu kembali praktikkan lampin kain yang boleh dicuci untuk penjimatan.

PETALING JAYA – Pelakon Balkisyh Semundur Khan menyarankan orang ramai, terutamanya keluarga yang mempunyai anak kecil agar kembali kepada cara lama iaitu menggunakan lampin kain berbanding lampin pakai buang bagi tujuan penjimatan.

Ujar Balkisyh, ramai yang datang kepadanya meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak masing-masing berikutan masalah kewangan yang dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun lalu.

“Saya dapat maklumat terlalu ramai memerlukan lampin pakai buang untuk anak-anak mereka sejak saya memuat naik bantuan dalam Instagram baru-baru ini dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

“Cuma yang menjadi kebimbangan bantuan lampin pakai buang ini mungkin tidak adakan dapat secara kerap kerana terlalu ramai yang memerlukannya. Tambahan ramai juga yang terputus bekalan makanan dan barangan asas.

Ujar pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Mok Cun itu, peruntukan dana yang ada sebaliknya perlu mengutamakan memerlukan barangan keperluan asas seperti makanan.

Ketika berdepan dengan waktu sukar pada hari ini, Balkisyh berkata kaedah penggunaan lampin kain yang boleh dicuci semula bukan sekadar menjimatkan malah cara yang sudah dipraktikkan turun temurun oleh nenek moyang dulu dapat memastikan persekitaran lebih hijau.

“Zaman sekarang orang ramai mungkin menganggap penggunaan lampin sangat remeh dan kotor. Tetapi ketika saya masih kecil, ibu bapa pakaikan lampin kain sahaja.

“Saya berasal daripada keluarga susah. Kalau saya ada anak kecil, saya pun ada guna kaedah ini (pakai lampin) untuk berjimat-cermat kerana saya turut kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Jelasnya, pada waktu sekarang, orang ramai tidak perlu mengambil pusing tentang kata orang lain, asalkan diri sendiri dapat meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini.

“Pada saya kaedah ini boleh anda gunakan untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi kembali pulih serta stabil, boleh guna lampin pakai buang semula.

“Orang zaman dahulu atau sekitar tahun 1990-an dan ke bawah semua pakai lampin pakai buang. Alhamdulillah kami baik-baik sahaja. Buat masa ini kena ubah cara hidup,” jelasnya.

Dalam pada itu, Balkisyh turut mendoakan orang ramai semoga urusan mereka dipermudahkan serta berharap supaya pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia sekarang akan segera berakhir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI