fbpx

“Saya tiada masa berpolitik”- KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri) meninjau pengoperasian PPVIN KLIA di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini. - foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – “Saya tiada masa berpolitik!” itu kata-kata ringkas yang disampaikan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus politik dalaman UMNO yang dilihat berdepan kemelut untuk menyatakan pendirian sama ada untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya.

Sejurus memberi jawapan ringkas itu, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berlalu pergi tanpa menjelaskan secara konkrit pendiriannya tentang desas-desus tersebut.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) KLIA bagi kakitangan sektor pengangkutan udara dan berkaitan di sini hari ini.

Terdahulu, pelbagai kenyataan telah disuarakan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO, yang menunjukkan pendirian parti itu dalam isu berkenaan. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI