fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pegawai polis tersebut ketika berhadapan dengan Ronnie yang enggan menunjukkan surat rentas negeri di Raub, Pahang semalam.

Kekal tenang namun pitching suara tetap tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ketegasan seorang pegawai polis ketika berhadapan dengan Ahli Parlimen Raub dan  Parlimen dan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew semalam mendapat pujian netizen.

Rata-rata mereka berkata, ketegasan serta ketenangan luar biasa ditunjukkan anggota polis berkenaan bukan mudah untuk dilakukan dan wajar dipuji.

Pengguna Twitter bernama Projek Hitam berkata: “Tahniah kepada pegawai berkenaan. Cool (tenang) dari awal hingga akhir, tapi pitching suara maintain (kekal) tinggi.

“Awak membuatkan pasukan bangga. Puas hati,” katanya.

Pegawai polis yang berjaya menenangkan keadaan

Dazzy Bright pula berkata, ketegasan sebegitulah yang dimahukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tahniah PDRM, tegas yang macam ini kita semua mahukan. Tak ada double standard (pilih kasih. Langgar prosedur operasi standard (SOP) tetap langgar.

“Dah tahu salah lagi nak mempersoalkan. Orang macam ini tak perlu takut. Lama-lama dia sendiri yang jatuh juga,” katanya.

Menurut kunangkuningg pula, dia berasa hairan dengan kesabaran yang ditunjukkan pegawai polis terbabit.

“Macam mana polis itu boleh tahan dari tumbuk pakcik itu? Geram betul tengok,” katanya. – K! ONLINE.

POPULAR