fbpx

Remaja sindrom Down melecur akibat didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) sindrom Down melecur di beberapa anggota badan akibat didera disyaki oleh penjaganya di sebuah kondominium yang dipercayai menjadi pusat jagaan kanak-kanak OKU di Wangsa Maju, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, polis menerima laporan berkenaan penderaan terhadap mangsa yang berusia 13 tahun itu pukul 6.30 petang, 24 Jun lalu oleh pegawai perubatan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan melecur pada bahagian dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di badan mangsa.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan lanjut, pegawai perubatan mengesahkan bahawa terdapat kecederaan kesan terbakar pada lengan mangsa dan parut lama di seluruh anggota badannya disyaki akibat didera. Mangsa juga didapati positif Covid-19,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan pihak polis mendapati mangsa tinggal di unit kondominium tersebut sejak 14 Julai 2020 bersama enam lagi kanak-kanak yang mana dua daripada juga merupakan OKU sindrom Down berusia dua tahun.

“Bagaimanapun kanak-kanak lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Seorang wanita berumur 28 tahun berperanan sebagai penjaga di rumah berkenaan disyaki suspek dalam kes tersebut,” ujarnya.

Katanya, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan hanya akan dilakukan selepas kesemua saksi selesai menjalani kuarantin ekoran kesemuanya positif Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI