fbpx

Cilik lagi tapi impian besar untuk julang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEI XUAN memasang impian besar untuk mewakili negara pada Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk dalam sukan luncur ais masa depan.

PELUNCUR ais cilik negara, Oh Wei Xuan mahu menjadikan atlet-atlet yang beraksi pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun bermula 23 Julai ini sebagai sumber inspirasi untuk dia menempa kejayaan dalam kariernya.

Walaupun baru berusia 12 tahun tetapi ia tidak menghalang Wei Xuan untuk menanam impian bergelar atlet Malaysia pertama beraksi untuk dua temasya Sukan Olimpik berbeza iaitu Musim Panas dan Musim Sejuk pada masa depan.

Begitupun, keutamaannya lebih kepada layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk dalam acara kegemarannya iaitu luncur ais dan mengikut jejak langkah jurulatihnya, Julian Yee yang beraksi pada edisi 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.

“Saya tidak sabar melihat atlet-atlet negara beraksi di Tokyo nanti. Saya bangga melihat mereka dan sudah tentu mahu nama saya pula menjadi kebanggaan Malaysia apabila layak ke Olimpik nanti.

“Selain luncur ais, saya juga menyukai sukan gimnastik. Saya mahu beraksi pada kedua-dua Sukan Olimpik tetapi saya merasakan peluang dalam luncur ais lebih tinggi kerana menceburi sukan ini sejak berumur tujuh tahun,” katanya.

MEI XUAN mengakui tidak sabar untuk menyaksikan atlet-atlet kebangsaan beraksi di Tokyo dan berbangga dengan mereka yang bersaing pada Sukan Olimpik 2020.

Bagaimanapun, atlet dari Puchong, Selangor itu sedar perjalanannya masih panjang dengan sasaran paling relevan buat masa sekarang adalah layak ke Sukan Remaja Olimpik Musim Sejuk 2024 di Gangwon, Korea Selatan.

Lebih menarik, Wei Xuan yakin dia mampu menaiki podium dengan sekurang-kurangnya memenangi pingat gangsa dalam acara luncur ais pada temasya tiga tahun depan itu.

“Saya sasar beraksi pada Sukan Remaja Olimpik Musim Sejuk apabila berusia 15 tahun iaitu tiga tahun lagi. Saya positif mampu naik podium tetapi saya mahu cuba melayakkan diri terlebih dahulu,” jelasnya.

Wei Xuan sedang giat berlatih dan menanti peluang untuk ‘terbang’ ke luar negara bersama ibunya, Tsuyi untuk menyertai pelbagai kejohanan sebagai persediaan untuk mencapai matlamat layak ke Sukan Remaja Olimpik Musim Sejuk 2024. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI