fbpx

AKSEM diserap ke dalam PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di utara Semenanjung akan dilakukan ATM, polis dan Aksem secara bersama mulai tahun depan. foto IHSAN PDRM

IPOH – Keanggotaan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (Bgd Utara PGA) akan digandakan sebaik pasukan ini menerima penyerapan masuk sebahagian daripada pegawai dan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang dibubarkan baru-baru ini.

Timbalan Komander Bgd Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, jumlah sebenar hanya akan diketahui setelah perkara-perkara berkaitan penyusunan semula pasukan tersebut selesai disempurnakan.

Menurut beliau, pertambahan anggota itu sudah pasti akan membantu pelaksanaan tugas-tugas sedia ada briged tersebut termasuk kawalan di sempadan utara negara.

“Apabila AKSEM diletakkan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ia memudahkan lagi tugas-tugas penguatkuasaan dan pengawalan di sempadan darat sepertimana diputuskan kerajaan.

“Penyerapan pegawai dan anggota AKSEM ke dalam briged ini pastinya dapat menambahkan lagi paras kekuatan kita yang pada ini mempunya empat batalion PGA dan dua skuadron kereta perisai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar ujarnya kejayaan operasi Bgd Utara PGA di markas pasukan tersebut di Kem Ulu Kinta.

Rabu lalu, pasukan AKSEM secara rasminya dibubarkan manakala skop tugas kawalan sempadan diambil sepenuhnya oleh PDRM.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata PGA akan meneruskan semua fungsi AKSEM di sempadan negara menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI