fbpx

Polis siasat dakwaan NGO wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita mendakwa kilang tidak patuhi SOP serta menyebabkan penularan kes jangkitan Covid-19 di Selangor.

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan satu rakaman video dalam aplikasi TikTok hari ini berkenaan dakwaan penyebaran Covid-19 oleh pekerja kilang sarung tangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video berdurasi tiga minit empat saat itu memaparkan seorang wanita warga tempatan mendakwa punca peningkatan kes Covid-19 di Selangor.

“Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor mendakwa tindakan pengusaha kilang sarung tangan itu yang memindahkan pekerjanya yang positif Covid-19 dari asrama pekerja di sini ke dua buah hotel di daerah Klang.

“Ia bertujuan untuk membolehkan pekerja-pekerja itu hadir bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Fakhrudin, wanita itu turut mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di kalangan pekerja kilang tersebut menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way di sini, dikenakan tindakan PKPD namun kilang itu masih beroperasi sepenuhnya.

Katanya, polis menerima laporan berkenaan video yang tular terbabit kerana perbuatan wanita itu telah mendatangkan ketakutan kepada masyarakat disebabkan penularan kes di Selangor berpunca daripada pengusaha kilang yang ingkar arahan PKPD.

“Oleh itu, satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di bawah Seksyen 269 kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan dan Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Individu terbabit pula disiasat di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan satu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan menyebabkan ketakutan kepada orang awam,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita mendakwa sebuah kilang sarung tangan cuba menyorokkan pekerja di dua hotel di Klang.

Wanita itu turut mendakwa kilang terbabit merupakan antara punca peningkatan kes harian Covid-19 di Selangor apabila pekerja-pekerja yang disorokkan itu dikatakan turut menyebabkan penularan virus kepada komuniti. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI